Selasa, Ogos 01, 2017

Serina Sah Cerai Talak Satu; Hak Jaga Anak Kekal Kepada Gavin!



Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina Redzuawan, 34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa. 

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini. 


Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak. 

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.