Selasa, Ogos 08, 2017

Semuanya Kerana Aliff... - Afifah Nasir



Lebih seminggu mendiamkan diri selepas kontroveri yang menghimpit dirinya dengan rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah, akhirnya adik kepada pelakon popular Anzalna Nasir, Afifah Nasir membuka mulu!

Afifah Nasir mendakwa berasa dianiaya pihak produksi berikutan usaha mereka memujuk Aliff menyebabkannya terheret dalam kontroversi terbabit.


"Saya terkilan dan berasa dianiaya kerana mengikut arahan produksi yang mahukan saya melayan kerenah Aliff serta menjaga perasaannya hanya kerana mahu penggambaran berjalan lancar.


"Semuanya kerana Aliff tidak datang ke lokasi penggambaran selama lapan hari, selain lambat hadir ke set selepas hari raya lalu.


"Justeru, pihak produksi mencadangkan saya memujuk Aliff supaya dapat memberi kerjasama melunaskan baki penggambaran.


"Ikut jadual, penggambaran sepatutnya diadakan selama sebulan tetapi dengan masalah disiplin Aliff, ia berlarutan menjadi lebih dua bulan," katanya.


Beliau berkata, pihak terbabit turut mencadangkan mereka tinggal di inap desa berdekatan dengan lokasi penggambaran bagi melancarkan kerja produksi.


"Bagaimanapun saya tidak mahu kerana ingin pulang ke rumah sendiri. Kenapa Aliff yang datang lambat dan menimbulkan masalah hingga pelakon lain terpaksa menunggu pula perlu tinggal di inap desa?" katanya.


Afifah turut meluahkan kekesalan kerana tiada wakil pihak produksi menyebelahi dirinya apabila kontroversi itu meletus. - BH Online