Selasa, Ogos 08, 2017

Saya Sudah Maafkan Afifah Sebab Benar Aliff Pegang Tangannya - Wan Ariff



Kekasih Afifah Nasir, Wan Ariff turut diheret sama dalam kontroversi melibatkan pelakon baharu itu. Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengecam lelaki berkenaan. Lebih dahsyat, ada yang melemparkan kata-kata seperti dayus kepada Wan Ariff.

Apa kata lelaki berkenaan tentang kontroveri yang melibatkan Afifah Nasir? 

Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya. 

Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan. Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang. 

Dia memang buat salah tapi dia jadi mangsa keadaan. Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri.