Rabu, Ogos 02, 2017

Saya Mohon Maaf Kepada Semua Pihak - Anzalna Nasir



Terus dihimpit dengan cacian dan makian setiap hari akibat kenyataan ‘meroyan’ tempoh hari, akhirnya Anzalna Nasir memohon maaf atas tindakannya tidak berfikir panjang ketika bercakap. Jelasnya, beliau tidak tahan lagi melihat kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi. Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan”

“Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai sikapnya yang tidak matang.