Khamis, Ogos 03, 2017

Pelakon Ummi Nazeera Dah Seminggu Awal Nikah Secara Tertutup



Ummi Nazeera yang sepatutnya dijadualkan bernikah pada pada hari ini (Khamis) rupa-rupanya sudah bernikah pada 23 Julai lalu.Pernikahan selamat disempurnakan bersama pasangannya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Ummi menerusi kenyataan dikeluarkan pada malam Khamis memberitahu dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.


"Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang," katanya.

Ummi atau nama Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin, 27, sah bergelar Izzar, 30, yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman adik kepada bapa Ummi, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.