Isnin, Ogos 07, 2017

Pelajar Perubatan PHD Kantoi Rakam Video Lelaki 'Lepas Hajat' Di Tandas The Mines



Kalau dulu wartawan terkenal pernah membongkar kegiatan tidak bermoral merakam lelaki-lelaki yang sedang melepaskan hajat di tandas awam kemudian dikongsi gambar dan video rakaman secara meluas di media sosial seperti blog dan tumblr, kini hangat diperkatakan kembali oleh netizen dengan tertangkapnya seorang pelajar PHD ketika melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Kegiatan berlaku di Pusat Membeli Belah The Mines, Seri Kembangan. Pelakunya ialah seorang pelajar Doktor Falsafah, PHD di Universiti Putra Malaysia. Itu yang dilaporkan oleh saksi yang berada di tempat kejadian menerusi akaun Facebook bernama Mazrul Hisham. 

Menurut Mazrul lagi, selepas tertangkap dan iPhone milik lelaki itu diperiksa, terdapat banyak video lelaki-lelaki yang tengah melepaskan hajat. Difahamkan, pihak polis sudah dipanggil untuk menyelesaikan kes terbabit.

Menurut Mazrul lagi, amaran diberikan kepada mereka yang gemar merakamkan video tidak kisah lelaki atau wanita yang sedang melepaskan hajat di tandas, kerana sudah ada akta khas untuk membincangkan kes seumpama itu.