Ahad, Ogos 13, 2017

Notis Bankrap LHDN Di Akhbar; Shaheizy Sam Janji Akan Bayar Cukai!



Pelakon terkenal Shaheizy Sam menegaskan bahawa dia akan membayar cukai seperti yang diminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi perlu membuat penafsiran semua jumlah tunggakan sebelum menjelaskannya.

Hero filem Polis Evo berusia 35 tahun itu bagaimanapun berkata, dia masih tertanya-tanya kenapa pihak LHDN tidak memberi sebarang notis atau berjumpa dengannya berhubung tunggakan cukai tersebut sebelum menyiarkan notis kebankrapan dalam akhbar.

“Sebagai warga Malaysia, saya tetap akan bayar cukai tetapi kena buat penilaian semula berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 itu.

“Selama ini, saya bayar cukai dan resit pembayaran saya e-mel kepada LHDN. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak bayar kerana membuat penilaian semula mengenai jumlah cukai memandangkan gaji pelakon tidak sama dengan gaji pekerja lain,” ujar Sam ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.


1 Komentar:

Write Komentar
Nisa
AUTHOR
14/8/17 2:36 PTG delete

Betul juga apa yang dikatakan oleh Sam. Patutnya bagilah notis dahulu sebelum dipublisitikan. Memalukan orang.

http://panphila.blogspot.my

Reply
avatar