Khamis, Ogos 10, 2017

Majikan Minta Layanan Seks Dalam Temu Duga Online Sekadar Menguji?



Lelaki bersongkok yang gambar dan mesej perbualannya ‘minta seks’ daripada seorang wanita yang menghubunginya untuk mencari kerja tampil memberi penjelasan kisah sebenar di sebalik kejadian yang tular di media sosial.

Hanya mahu dikenali sebagai Zul, dia mengaku bahawa gambar lelaki memakai songkok itu adalah dirinya, malahan mesej-mesej seks yang ditulis kepada wanita berkenaan juga adalah daripadanya.


Zul bagaimanapun mendakwa apa yang dilakukannya hanyalah satu taktik untuk menguji sikap calon pekerja yang mahu bekerja di syarikatnya sebelum dipanggil untuk sesi temuduga sebenar.

Lelaki berusia 54 tahun dan menetap di Melaka itu berkata, dia telah meminta maaf kepada wanita yang tidak dikenalinya itu selepas berbual tentang seks, tetapi paparan skrin permohonan maaf itu tidak disebarkan oleh wanita berkenaan di media sosial.

“Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu.


“Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,” katanya kepada mStar Online.


“Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat' bakal pekerja dengan cara macam ni.

“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi,” katanya.