Ahad, Ogos 13, 2017

Kisah Benar Hud Dan Asyikin Di FB Page KRT Bakal Diterbitkan Dalam Novel Penulis Popular Sophilea



Facebook Page Kisah Rumah Tangga atau lebih mesra dengan sapaan KRT dalam kalangan followers-nya cukup terkenal dengan pelbagai kes dan isu rumah tangga yang diluahkan oleh para pengguna laman sosial yang dimuat naik oleh admin page KRT tersebut tanpa mendedahkan profil asal pemilik cerita.

Ada pelbagai kisah rumah tangga yang dikongsikan. Daripada ibu mertua, bapa mertua, suami, isteri, ipar duai dan macam-macam lagilah! Ada yang buat terbit simpati, ada juga yang menghadirkan marah dalam hati.

Yang menariknya kisah benar yang dikongsikan dalam Facebook Page KRT, tentang kehidupan Hud dan Asyikin bakal diterjemahkan dalam novel oleh penulis popular Sophilea yang sudahpun mempunyai 24 buah novel tulisa beliau sendiri dalam koleksinya.

Hud dikisahkan sebagai seorang lelaki yang sudi menerima dan mengahwini Asyikin untuk menutup aib dan malu keluarga. Tinggal serumah tetapi dalam bilik yang berasingan, tetapi dalam hati Hud sudah sekian lama tertanam rasa sayang kepada Asyikin!

Memang nampak sebiji dalam cerita novel dan drama kan? Tetapi itulah hakikat! Bagaimana kisah Hud dan Asyikin melayari rumah tangga sehingga terbitnya puing-puing cinta? Nantikan, karya terbaharu tulisan novelis Sophilea #HudAsyikin