Selasa, Ogos 01, 2017

Kau Ni Dah Cemarkan Imej Artis Malaysia Walaupun Kau Bukan Artis Malaysia - Zed Zaidi



Zed Zaidi selaku Presiden Seniman turut memberikan komen berhubung kontroversi yang melanda pelakon dari Singapura, Aliff Aziz berhubung isu rumah tangganya. Sedikit beremosi dalam komennya bagaimanapun Zed Zaidi juga dalam masa yang sama masih menghormati pelakon berkenaan.

“Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yang memang sentiasa di belakang kita”

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” antara kata-katanya kepada Rotikaya.

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

“Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya menutup bicara.

1 Komentar:

Write Komentar