Isnin, Ogos 07, 2017

Kadang Baby, Kadang Dinda, Kanda, Tak Pun Sayang - Ummi Nazeera




Pelakon Ummi Nazeera, 27, akui masih tiada panggilan tetap untuk suaminya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato' Sri Abdul Khani, 30, walaupun sudah bergelar isteri sejak 23 Julai lalu.
Ummi berkata, dia kini sedang membiasakan diri dengan kehidupan selepas berkahwin.
“Panggilan? Pelbagai sebenarnya, tiada yang tetap. Kadang-kadang baby, kadang-kadang dinda kanda, tak pun sayang.
“Mama saya suruh panggil abang, tapi saya tak tahulah. Sebab saya dah ada abang jadi kalau boleh nak panggil dengan panggilan lain.
“Sejujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan selepas berkahwin,” katanya tersenyum. - Astro Gempak