Khamis, Ogos 03, 2017

Guru Tewas Berdebat Dengan Pelajar Diserang Histeria! Makhluk Perasuk Mengaku Budak Sekolah Pengikut 'Mereka'



Kisah histeria yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah suatu perkara yang baharu di negara ini. Malah, di beberapa sekolah di negeri-negeri tertentu pernah berlarutan selama beberapa bula dek gangguan makhluk halus dalam kalangan pelajar sekolah yang popular digelar histeria.

Perkongsian seorang guru ini kepada Muz secara DM di Facebook memang menarik untuk dikongsikan. Menurutnya, beliau baru sahaja tewas berdebat dengan syaitan yang menumpang jasad salah seorang pelajar perempuannya yang diserang histeria.

Umum mengetahui, apabila diserang histeria, keadaan akan menjadi tidak terkawal. Jadi apabila keadaan menjadi kecoh tudung yang membalut kepala pelajar yang diserang histeria boleh sahaja tercabut dan entah tercampak ke mana.

Di sinilah cerita guru ini bermula, apabila rata-rata rambut pelajar yang diserang histeria berkenaan merah karat warnanya. Dan ibu bapa pelajar yang diserang histeria berkenaan pula tidak menunjukkan apa-apa reaksi terkejut dengan warna rambut anak perempuan mereka. Maknanya, mereka tahu akan perkara itu.

Dipendekkan cerita, pelajar yang diserang histeria ini memang nakal. Suka melawan cakap guru dan ponteng kelas semua.

"Dan benda yang merasuk tu sendiri mengkau depa suka budak-budak tu sebab tak solat dan suka melepak dalam tandas. Siap gaduh dengan akak bila akak cakap ini student akak. Dia cakap itu student dia! Sebab benda-benda yang dia suruh semua budak tu buat. Dia tanya akak, yang kau suruh budak ni ada buat tak?"

"First time pembahas kalah debat! Benda tu tanya akak lagi, berjaya ke kau jadi jadi cikgu?! Malu weh!"

Guru berkenaan berkongsi kisah ini rentetan post entry ini dengan harapan pelajar-pelajar sekolah lebih menjaga tatatertib diri sebagai seorang yang beragama Islam. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang cukup penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu memantau anak-anak sebaik mungkin, didiklah mereka mengikut acuan agama Islam yang sebenar agar tidak terpesong laluan hidup yang terpilih.

Ingat, jin dan syaitan memang suka berkawan dengan manusia yang lebih kurang perangainya dengan spesies mereka sendiri!