Jumaat, Ogos 04, 2017

Fattah Amin Antara Pelakon Terima Bayaran Paling Mahal Di Malaysia



Jangan ingat nama Fattah Amin terus tenggelam disebabkan kontroversi perkahwinan Aliff Aziz. Terkini menerusi video yang dimuat naik pengarah tersohor negara, Micheal Ang, nama Fattah Amin disebut antara pelakon Malaysia kini yang menerima bayaran paling mahal.

“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal. Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal. Semua artis-artis A tu mahal lah. kalau tak mahal, taklah A dia orang,” katanya dalam video di Instagram.

Itu antara jawapan Ang ketika ditanya oleh peminat mengenai senarai selebriti yang menerima bayaran paling mahal di sudut pandangan beliau.