Jumaat, Ogos 04, 2017

Clever Girl Pahang Tersingkir; Pulau Pinang Juara Mingguan



Minggu Pertama Clever Girl Musim Kedua berlangsung penuh rancak. Soalan yang diajukan pun memang agak mencabar minda.

Clever Girl dari Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bertarung untuk dinobatkan sebagai juara mingguan dan rezeki berpihak kepada Kiera dari Pulau Pinang berjaya membawa pulang RM1000 dan imuniti untuk minggu hadapan.

Manakala, Clever Girl dari Kedah dan Pahang yang menduduki tanga tercorot terpaksa melalui pusingan penyingkiran seawal Minggu Pertama Clever Girl Musim Kedua, dan ternyata nasib tidak menyebelahi Ain, Clever Girl dari Pahang, negeri kelahiran Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika ini tersingkir awal dan menjadi perserta pertama yang meninggalkan pentas Clever Girl 2017.