Jumaat, Ogos 11, 2017

Clever Girl Melaka Tersingkir; Kelantan Juara Mingguan



Clever Girl Malaysia Musim Kedua bagi Minggu Ke-2 menyaksikan Clever Girl dari Kelantan, iaitu Shaza dinobatkan sebagai juara mingguan apabila berjaya mengutip sebanyak 105 mata dalam Pusingan 1 dan 2, cabaran pada minggu ini, sekali gus menumpaskan Clever Girl dari Wilayah Persekutuan.

Clever Girl dari Terengganu dan Melaka pula terpaksa bertarung di pusingan penyingkiran. Gagal menjawab satu soalan pertama dan disebabkan Alia, Clever Girl dari Terengganu yang berjaya menjawab kedua-dua soalan di pusingan penyingkiran menyebabkan Clever Girl Alia dari Melaka tersingkir.

Fakta menarik, Keira, Clever Girl dari Pulau Pinang yang menjadi Juara Mingguan, Minggu Pertama Clever Girl Malaysia Musim Kedua pada minggu lepas, langsung tidak membuka mulut mahupun menekan buzzer! Wow, datang jadi model saja sebab ada imuniti! 😜😝