Selasa, Ogos 01, 2017

Belum Memaafkan Afifah Nasir; Tolong Jauhkan Diri Daripada Keluarga Aliff Aziz - Bella Astillah



Bella Astillah sempat menerangkan kepada media bahawa kedatangannya ke pusat karaoke bukanlah dengan niat untuk menyerang Aliff Aziz atau membuat kecoh sebaliknya hanya untuk berbincang secara baik.

Bella dan Aliff ditemui pada sidang media berhubung kes itu di Hotel Roof Garden, dekat sini, pada Isnin.

"Saya datang ke pusat karaoke itu dengan hasrat untuk berbincang secara baik dengan suami saya. Saya minta dia (Afifah) keluar sebentar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada kami.

"Tapi dia tidak peduli dan tetap berada di situ sehingga keadaan tidak terkawal dan berlaku kejadian tidak diingini," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Bella berkata, dia belum memaafkan wanita berkenaan sebaliknya, meminta pihak tersebut menjauhkan diri daripada keluarganya.

Katanya, dia mahu kontroversi tersebut menjadi pengajaran terbesar untuk suaminya.
"Sama ada saya maafkan dia atau tidak, itu biarlah masa yang menentukannya kerana buat masa ini hati saya sangat terluka.


"Kalau boleh biar benda ini senyap sahaja selepas ini. Saya juga harap pihak-pihak tersebut menjauhkan diri daripada saya dan keluarga," ujarnya.