Rabu, Ogos 02, 2017

Atikah Suhaime Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan?



Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi hebat dengan tersebarnya gambar tidak senonoh yang dikaitkan dengan dirinya dengan pelakon Idris Khan mencetuskan tanda soal dengan kata-kata yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram, Atikah seolah memberi gambaran bahawa semangatnya sudah hilang setelah beberapa tahun bergelar anak seni.

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam kenyataan itu, Atikah turut memberitahu bahawa dirinya sangat merindui kehidupannya yang dulu (sebelum bergelar selebriti), malah katanya pelbagai pengorbanan dilakukannya untuk berada di tahap yang sekarang. Dengan itu, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarganya seketika.


Rata-rata peminat terkejut dengan pengakuan yang dibuat serta berharap Atikah akan menemui semangatnya yang telah hilang.