Rabu, Ogos 02, 2017

Aliff Syukri Balas Kritikan Chef Wan Sebab Makan Tepi Jalan Di Switzerland!



Dikritik hebat sebab makan tepi jalan ketika bercuti di Switzerland baru-baru ini, Aliff Syukri sendiri  telah memuat naik gambar mereka sekeluarga makan di atas meja selain turut menjelaskan situasi tersebut kepada Chef Wan yang secara langsung telah mengkritik perbuatannya yang dianggap mencemarkan imej negara Malaysia.

“Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke Itali dan kembali ke Switzerland semula. Jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama. Tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama”

“Buat idola saya dalam bidang masakan, Dato @chefwan58 (I love cook and I always watching you at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya upload khas untuk Dato Chef Wan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.