Selasa, Ogos 08, 2017

Aamir Khan Dan Isteri Dijangkiti Virus Selesema Babi




Pelakon terkenal Bollywood, Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu kerana dijangkiti virus Influenza A H1N1 atau selesema babi.
 
Kedua-dua mereka kini dirawat di kediaman mereka di Mumbai.
 
Perkara ini didedahkan oleh pasangan itu menerusi sebuah persidangan video pada majlis ‘Satyamev Jayate Water Cup 2017’ kerana tidak dapat menghadirkan diri.
 
Difahamkan, Aamir Khan dijadualkan menghadiri acara itu, tetapi terpaksa dibatalkan kerana jangkitan tersebut.
 
“Kami telah dikesan dengan virus H1N1. Ia dikenali sebagai selesema babi.
 
“Ia boleh merebak dengan mudah, oleh itu kami perlu dikuarantin selama seminggu,” kata pelakon berusia 52 tahun itu.
 
Difahamkan, isterinya menerima jangkitan virus itu daripada suaminya.