Ahad, Ogos 06, 2017

[7 Gambar] Yuna Sah Tunangan Adam Sinclair



Spekulasi  pertunangan Yuna dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mengenai perkara itu pada Sabtu.

Yuna atau Yunalis Datuk Mat Zara'ai, 31, menerusi kenyataan akhbar memberitahu pertunangannya dengan Adam berlangsung di kediaman ibu-bapanya di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

"Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.


"Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya.

Kami kongsikan beberapa gambar menarik sekitar majlis pertunangan pasangan ini.







2 Komentar

Write Komentar
Nisa
AUTHOR
6/8/17 6:15 PTG delete

Cantik Yuna memperagakan dress begitu.

http://panphila.blogspot.my

Reply
avatar
Normi Nieza
AUTHOR
7/8/17 9:07 PG delete

naper yuna pakai tudung mcm tu..huhu

Reply
avatar