Isnin, Julai 24, 2017

Wanita Lain Masih Ada Peluang Dekati Faisal Nasimuddin - Puteri Aishah



Puteri Aishah menjelaskan bahawa hubungan dia dan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 37, buat masa ini hanya sekadar kawan biasa.

Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 22, berkata dia mengenali Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies ini menerusi kawan baiknya bernama Yana yang juga merupakan sepupu kepada ahli perniagaan tersebut.

"Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan," kata Puteri kepada mStar Online.

Menurut Puteri lagi, tujuan dia memuat naik foto dan video Instastory bersama Faisal di Instagramnya kerana tidak mahu menyorokkan apa-apa daripada orang luar.


"Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih.


"Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal," katanya.