Jumaat, Julai 07, 2017

[Video] Norman Hakim Laung Azan Maghrib; Ikon Suami Perfect Pilihan Netizen!




Sisi kehidupan selebriti berbadan sasa, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 41 sering menjadi perhatian netizen, terutamanya bagi mereka yang memiliki akaun laman sosial Instagram.

Pernah mencipta kontroversi hebat bukan sahaja melibatkan dirinya sendiri, bahkan isu panas yang melibatkan isterinya kini, pelakon Memey Suhaiza dan bekas isterinya, Abby Abadi pada ketika itu turut menggemparkan dunia seni tanah air.

Hidup bagaikan roda dan masa akan merawat segalanya pabila tiba waktu. Norman Hakim yang pernah dikecam teruk pada tahun 2008 kini menjadi antara ikon contoh yang sering disebut dalam kalangan netizen.

Perhubungan dengan bekas isteri, cara yang digunakan dalam membesarkan anak-anak, hubungan yang tetap utuh dengan anak-anak daripada perkahwinan terdahulu, hubungan baik antara anak-anaknya berlima tidak kira sama ada anak bersama Abby mahupun Memey, cara melayani isteri dengan penuh romantik, hubungannya dengan ibu bapa, mertua dan bekas mertua, malah banyak lagi yang dikongsikan oleh pelakon yang sinonim dengan drama rantaian Gerak Khas ini sering mendapat pujian, sokongan dan kata-kata positif daripada netizen amnya.

Malah ada yang menganggap Norman Hakim sebagai ikon dan contoh terbaik bagi mereka yang mengalami kegagalan rumah tangga dan sukar menjernihkan keadaa bersama pasangan dan anak-anak. 

Duta produk makanan kesihatan Ephyra dan perancangan perkahwinan, Mahligai Impian ini turut memberikan inspirasi kepada followers Instagram dan Facebook miliknya, apabila posting bayaran zakat pendapatan yang dilunaskan Norman Hakim pada setiap bulan turut dikongsi untuk tatapan umum. Namun, Norman Hakim pernah menegaskan bahawa tindakannya itu bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sebagai peringatan sesama saudara seagama.


Syawal ini, isteri kesayangan Norman Hakim, Memey Suhaiza memuat naik video laungan azan Maghrib yang sayup kedengaran ditemani remang langit senja yang mengasyikkan. Dalam kapsyennya, Memey Suhaiza menjelaskan bahawa Norman Hakim sudah mula berjinak menjadi Muazin ketika Ramadan lalu. Dan perkongsian itu mendapat pujian ramai dalam kalangan followers Instagram Memey.

Ternyata, Norman Hakim berjaya membuktikan bahawa kegagalan pertama bukan bererti gagal selamanya. Dan sadonya Norman Hakim, adalah perfect Mr.Sado kerna bukan sahaja gagah di gym bahkan turut gagah selaku ketua keluarga dan dalam urusan ibadah!