Isnin, Julai 17, 2017

[Video] Hero Drama Encik Suami Mat Salih Celup Selisih Pendapat Dengan Adik Gara-Gara Prank Sentuh Tangan Wanita Muslim



Adik kepada hero drama adaptasi novel yang mengisi slot Dahlia, TV3, Encik Suami Mat Salih Celup, Daler Yusuf, iaitu Sherzod Yusuf mencetuskan ketidaksenangan dalam kalangan netizen apabila memuat naik video prank menyentuh tangan perempuan yang tidak dikenali di eksklator di salah sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Terdahulu, Sherzod pernah memuat naik video yang serupa tetapi memilih menyentuh tangan wanita bukan Islam. Namun, video terbaharu yang menyaksikan Sherzod dengan berani menyentuh tangan wanita Melayu yang berhijab dilihat sebagai tidak beradab.

Perkara ini menarik perhatian Daler Yusuf yang turut menegurnya, dan mendapat maklum balas sinis daripada Shersod yang mempersoalkan Daler yang menyentuh wanita bukan mahram dalam lakonan.



Dalam komen pada video berkenaan, netizen kebanyakannya menyelar perbuatan Sherzod kerana dianggap kurang sopan selain menyentuh wanita bukan mahram adalah haram dalam Islam.