Ahad, Julai 09, 2017

Tampil Dengan Kasut Kanvas Pada Hari Nikah Bukan Untuk Cari Publisiti! - Anis



Anis Al-Idrus mempunyai sebab tersendiri untuk tampil 'hipster' dengan kasut kanvas pada hari pernikahannya yang berlangsung pada malam Jumaat malah suaminya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim turut memakai kasut sama.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Anis mengakui ia adalah ideanya kerana tidak selesa memakai kasut tumit tinggi selain ingin menampilkan kelainan.

"Sebenarnya saya kalau pakai baju kurung pun akan gunakan kasut kanvas berbanding tumit tinggi kerana memang selesa begitu.


"Kalau saya pakai kasut tumit tinggi berasa tidak selesa dan selalunya memang akan ada kejadian saya terjatuh.

Dalam pada itu, Anis tidak kisah sekiranya akan ada pihak mengkritik dan menularkan pilihannya berkasut kanvas kerana tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.

Malah Anis menyangkal tindakannya itu seolah-olah cuba meraih perhatian orang ramai kerana apa dilakukannya adalah kerana kehendak diri sendiri.


"Tak cari perhatian pun orang viralkan kita, jadi tak kisahlah apa orang hendak kata.