Selasa, Julai 18, 2017

Syafiq Farhain Nafi Hubungan Dengan Saleem Tidak Baik!



Anak lelaki penyanyi Saleem, Syafiq Farhain menjelaskan hubungannya dengan penyanyi kumpulan Iklim itu baik dan tidak seperti digambarkan dalam satu video temubual media yang tular baru-baru ini. 

"Saya dengan ayah saya baik-baik sahaja. Orang luar nak cakap apa pun tentang hubungan kami cakaplah, saya tidak kisah.

"Saya maafkan orang yang buat fitnah dan komen-komen negatif tentang saya dan keluarga kerana mereka tidak kenal kami. Tapi kalau nak kutuk atau hina biarlah saya sahaja, janganlah hina bapa saya," ujarnya kepada mStar Online.