Isnin, Julai 24, 2017

Sinopsis Telefilem Muliakah Aku; Skrin Di 9, TV9



SINOPSIS MULIAKAH AKU

Tiga hari sebelum majlis perkahwinan Zalia telah diperkosa oleh perompak yang menceroboh masuk rumah sewanya. Zalia berterus terang dan merayu kepada bakal suaminya, Zaidi untuk tidak membatalkan perkahwinan mereka akibat dia diperkosa. Zaidi bersetuju dengan syarat Zalia mesti menjadi hamba dan melayannya seperti raja. Sebulan berlalu, Zalia disahkan hamil. Zaidi mengatakan anak dalam kandungan Zalia adalah anak perogol yang merogolnya. Zalia mengingatkan suaminya bahawa kejadian rogol itu berlaku lima bulan lepas dan dia baru hamil sebulan. Akibatnya Zalia dipukul sehingga keguguran. Apakah kesudahannya?

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Muliakah Aku. Kisah yang penuh dengan pengajaran lakonan Beto Kusyairi, Nonny Nadirah, Mubarak Majid, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi. Disiarkan di TV9 hari Isnin ini pukul 8.30 malam.