Sabtu, Julai 29, 2017

Sinopsis Telefilem Kasih Seorang Ayah; Cerekarama TV3



SINOPSIS KASIH SEORANG AYAH 

Kisah Husin yang baru saja mula bekerja di tempat baru telah dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya Aminah, tentang ayahnya, Pak Yusof yang tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Selepas puas mencari, Husin temui Pak Yusof di sebuah perhentian bas dalam ketakutan. Pak Yusof telah lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin hairan apabila melihat perangai Pak Yusof dan telah membawa ayah ke klinik untuk diperiksa doktor. Menurut doktor, Pak Yusof telah hidapi penyakit Alzheimer. Bermulalah episod yang mencabar bagi Husin sekeluarga.

Jangan lupa saksikan telefilem Kasih Seorang Ayah gandingan mantap Shukri Yahya, Eman Manan, Mia Ahmad dan Amyza Aznan. Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar. Akan mengisi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu, 29 Julai 2017, pukul 9.00 malam.