Isnin, Julai 31, 2017

Sinopsis Telefilem Isteri Untuk Abang Long; Skrin Di 9, TV9



SINOPSIS  ISTERI UNTUK ABANG LONG 

Misi mencari isteri untuk Abang Long telah bermula. Kak Ngah dan Adik punya calon pilihan yang berbeza. Malangnya, calon pilihan mereka langsung tidak berjaya menawan hati Abang Long.

Saksikan telefilem adaptasi novel mini 'Suami Isteri' yang bertajuk 'Isteri Untuk Abang Long'. Bakal menampilkan gandingan Idris Khan dan Siti Saleha. Telefilem genre romantik komedi ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Akan ditayangkan menerusi Skrin Di 9 di TV9 hari Isnin ini pukul 8.30 malam.