Isnin, Julai 31, 2017

Sinopsis Drama Mr. Darling Inspektor Daniel; Astro Ria/Ria HD



SINOPSIS MR DARLING INSPEKTOR DANIEL 

Kisah Inspektor Daniel yang berpindah ke balai polis baru. Dia bekerja dengan Inspektor Hannah, yang mula menaruh perasaan kepadanya. Sementara itu, Maya paranoid apabila "stalker" mula cuba dekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes itu. Inspektor Daniel dan Maya mula rapat menyebabkan Inspektor Hannah mula cemburu.

Drama terbaru terbitan Skop Productions Sdn Bhd berjudul My Darling Inspektor Daniel bakal menemukan gandingan Aaron Aziz, Siti Elizad, Elizabeth Tan, dan Erra Fazira. Drama bersiri arahan Aziz M Osman itu bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria mulai 31 Julai ini menggantikan drama Mencintaimu Mr Photographer. Disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.