Isnin, Julai 03, 2017

Sinopsis Drama Isteri-Isteri Ayah; Iris TV3



SINOPSIS ISTERI-ISTERI AYAH 

Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa di batalkan apabila zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki cruise ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki cruise tersebut.

Nizam dan Farah kesian melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Namun keadaan menjadi kacau bilau bila tiga wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka adalah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bersama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana adalah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.