Selasa, Ogos 01, 2017

Sinopsis Drama Chor & Chah; Drama Mini YouTube



SINOPSIS CHOR DAN CHAH 

Mengisahkan perjalanan seorang usahawan belia yang baru memulakan perniagaan yang penuh dengan cabaran dan liku. Pelbagai prosedur dan proses penting di dalam perniagaan seperti pendaftaran perniagaan, penjenamaan, pembungkusan, pemasaran, bantuan kewangan dan lain-lain aspek keusahawanan diketengahkan untuk dimanfaatkan oleh para usahawan.

Saksikan drama mini bersiri Chor & Chah yang menampilkan lakonan Saharul Ridzuwan, Ummi Nazeera, Ruhainies, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Drama ensiklopedia perniagaan pertama di Malaysia terbitan Suhan Movies & Trading dengan kerjasama SME Corp Malaysia. Bakal ditayangkan di saluran Youtube (Chor & Chah) bermula 1 Ogos 2017 setiap Selasa hingga Khamis pukul 12 tengah hari.