Sabtu, Julai 29, 2017

Sheikh Muszaphar Timang Bayi Kembar Lelaki



Lima tahun lagi bakal menginjak usia 50 tahun, ang­kasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerima cahaya mata kembar lelaki pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-45 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini kelmarin.

Manisnya menerima hadiah hari lahir yang hebat, sekali gus berkongsi tarikh lahir bersama dua putera yang baru dilahirkan. 

Kedua-dua bayi kembar itu dilahirkan oleh isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos, 35, masing-masing pada pukul 10.05 dan 10.07 pagi.

Menurut Sheikh Muszaphar, beliau berasa bersyukur dan gembira dengan kelahiran bayi kembar lelaki itu yang masih belum diberikan nama.