Isnin, Julai 03, 2017

Serina Redha Bercerai Pada Usia Muda



Pelakon Serina Redzuawan yang kini berusia 34 tahun redha dengan ketentuan Tuhan dengan perpisahannya dengan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar,

“Saya redha dengan takdir yang telah tertulis dalam hidup saya, bergelar ibu tunggal pada usia yang muda. Tapi saya tak mahu dilihat lemah dan mengharapkan simpati orang ramai. Orang yang senasib dengan saya perlu teruskan hidup mencari rezeki demi anak-anak dan hidup sendiri”

“Jangan menangis atau mengeluh, bangun dan bangkitlah melawan segala-gala dugaan dan kesusahan. Betul, ada masanya memang sukar untuk menguruskan anak-anak seorang diri tetapi ayah mereka tidak melepaskan tanggungjawab terhadap keperluan anak-anak terutama dalam soal pelajaran,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.