Khamis, Julai 06, 2017

Scha Alyahya Bantu Awal Ashaari Pantang Makan Minum



Menjalani pembedahan pembuangan hempedu ketika Ramadan lalu, Awal Ashaari kini sedang berpantang makan minum.

“Alhamdulillah saya kini semakin beransur sihat. Walaupun tidak sempat untuk berehat panjang kerana perlu bekerja dan menghadiri majlis berbuka puasa pada Ramadan lalu, saya bersyukur diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Sekarang ini saya perlu ubah corak pemakanan untuk disesuaikan dengan diet yang baharu. Saya tidak dibenarkan mengambil makanan berminyak, berlemak dan pedas. Doktor juga menasihati saya supaya memperbanyak pengambilan sayur-sayuran dan ikan.

“Peraturan pemakanan ini agak sukar bagi saya kerana saya seorang penggemar makanan berlemak dan bergoreng.

“Apabila dinasihatkan supaya ‘memotong’ semua jenis makanan tersebut daripada menu harian, saya agak tertekan jugalah.

“Akan tetapi saya cukup bertuah kerana beristerikan seorang ‘doktor’ yang sentiasa memantau menu pemakanan saya walaupun dia agak garang dan tegas,” jelas Awal. - Utusan Online