Isnin, Julai 31, 2017

Sapa Cuba Try Laki Kami Mau Muka Dia Kena Sagat Kat Jalan Taq! - Almy Nadia



Selepas Rozita Che Wan memberi amaran supaya jangan cuba rembat Zain Saidin, dan Tya Adnan, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya juga berkata sedemikian, tiba pula giliran Almy Nadia memberikan warning kepada wanita di luar sana supaya tidak mendekati Fizz Fairuz.

Pelakon Almy Nadia memuat naik foto suaminya Fizz Fairuz dengan kapsyen memberi amaran kepada wanita lain agar tidak cuba mendekati pelakon filem Munafik itu.

"Ini suami saya, saya tahu suami saya elok (kacak), suami saya sudah ada tiga orang anak dara. Jangan siapa-siapa nak rembat suami kami sebab dia pemurah dan senang tabur duit dan lembut hati walaupun nampak garang," ujarnya.


Status Almy itu mendapat lebih 2,000 tanda suka dan 200 komen pengikut yang setuju dengan pendapatnya. Bagaimanapun, aktres ini memadam status itu selepas beberapa jam atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum ini, pada Ogos 2015, seorang pelakon baharu mendakwa telah digoda oleh Fizz Fairuz ketika mereka berlakon bersama dalam sebuah drama.

Namun, Fizz menafikan perkara berkenaan dan mengakui tidak mengenali wanita tersebut. - mStar Online