Ahad, Julai 30, 2017

Produksi Nafi Ada Urusan Dengan Aliff Aziz Dan Afifah Nasir Di Pusat Karaoke



Jika sebelum ini Afifah Nasir mengeluarkan kenyataan kepada BH Online menyatakan bahawa dia dan juga Aliff Aziz berjumpa di pusat karaoke kerana urusan produksi, nampaknya perkara tersebut dinafikan sendiri oleh pengurus produksi drama yang mereka bintangi ketika ini.

“Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur. Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain,” kata Kak Noi yang merupakan pengurus produksi. - Rotikaya