Isnin, Julai 31, 2017

Posting Pertama Lepas Skandal Curang; Aliff Aziz Dedikasi Tulisan Cinta Buat Bella Di Instagram



Hujung minggu lepas kecoh satu dunia hiburan tempatan dengan skandal kecurangan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dengan pelakon baharu Afifah Nasir yang juga adik kepada pelakon popular Anzalna Nasir.

Laporan polis yang dibuat Bella Astillah sehingga Aliff Aziz terpaksa masuk lokap lebih menghangatkan kontroversi yang melanda!

Apapun, Bella Astillah telah menarik kembali laporan polis, dan sudi menerima kembali Aliff Aziz, malah sidang media yang diadakan petang tadi turut menjelaskan kebenaran apabila Aliff Aziz secara terbuka mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Terkini, posting pertama di Instagram, sejak seminggu tidak dikemas kini, Aliff Aziz tampil dengan gambar perkahwinan bersama Bella dengan kata-kata yang menggambarkan mahu membuka lembaran baharu kehidupan.

Aliff juga merakamkan ucapan terima kasih atas peluang yang diberikan dan berjanji tidak akan mengecewakan Bella lagi. Semoga pasangan ini akan kembali melayari bahtera perkahwinan dengan aman damai.


The old chapter is dead and gone.
The new chapter begins now.
Thank you for this chance love.
I will not disappoint you ever again. 
Thank you Allah for this awakening.

To my dearest wife Dayang Ara Nabellah, I know its going to be a long road to gain back what we had, but please believe me when i say this, i'm willing to go all the way even if it takes a lifetime. I love you. ❤️ 



1 Komentar:

Write Komentar