Rabu, Julai 05, 2017

Penyanyi Mus Dari Kumpulan May Masih Koma!



Vokalis kumpulan May, Mus masih belum menunjukkan sebarang perubahan sejak dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak malam Isnin lalu.

Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din yang mengalami demam panas sejak Jumaat lalu hingga menjadi sawan dan dikejarkan ke HKL pukul 9 pagi semalam.

Pada awalnya, penyanyi terbabit berada dalam keadaan separa sedar dan diletakkan di bawah zon kritikal.

isterinya, Suraya Bahari memaklumkan pihak hospital terpaksa meletakkan suaminya dalam keadaan koma dan ditempatkan di ICU berikutan terlalu banyak meracau,

“Dia masih lagi koma. Cuma, hari ini doktor ada melakukan ujian MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) dan memasukkan darah,” kata Suraya kepada pihak media.


Kata Suraya, keputusan terkini mengenai masalah sebenar dialami suaminya akan diketahui dalam masa terdekat ini. – MalaysiaGazette