Isnin, Julai 03, 2017

Padam Video Di IG; Daler Yusuf Mohon Maaf Terpegang Dada Nelydia Senrose



Pelakon Daler Yusuf turut tampil memohon maaf diatas kecuaiannya terlepas pandang dengan sensitiviti terhadap kaum wanita. Jelasnya, tindakan itu dibuat dengan tidak sengaja kerana terkejut Nelydia menekan brek.

“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu. Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi menjadi viral dan menerima banyak kecaman”

“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut. Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu,” katanya kepada m Star Online