Isnin, Julai 10, 2017

Mohamad Ayden Adrean Nama Anak Sulung Aliff Aziz



Sekalung tahniah kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan isteri yang baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada petang Sabtu.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26, menerusi instagramnya @aliffaziz91 telah memuat naik gambar dia sedang memangku bayinya di sisi isteri tersayang, Bella.

Bagaimanapun Aliff bertindak untuk tidak mempamerkan wajah anaknya itu.


Menerusi kapsyen yang ditulis, Aliff jelas bersyukur dengan kehadiran puteranya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean. - mStar Online