Ahad, Julai 30, 2017

Meski Ada Bukti CCTV; Kekasih Tetap Setia Dengan Afifah Nasir



Adik Anzalna Nasir yang juga merupakan pelakon baharu, Afifah Nasir terpalit dengan kontroversi meruntuhkan rumah tangga orang, yang juga merupakan selebriti terkenal Aliif Aziz dan isterinya Bella Astillah.  Kekasih Afifah yang dikenali sebagai Wan Ariff masih setia kepada aktres itu.

Malah rakaman kamera litar tertutup (CVTV) yang tersebar memperlihatkan individu menyerupai Aliff Aziz dan Afifah berpimpin tangan juga tidak menggugat kepercayaan Wan Ariff terhadap teman wanitanya.

"Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah).

"Ia pasti ada alasan kan? Sabar," ujarnya.


Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan diasak pertanyaan tentang percintaan mereka selepas kontroversi berkenaan.