Selasa, Julai 25, 2017

Komen Rasis Buat Alvin Chong Bengang



Pelakon lelaki berbangsa Cina yang mula dikenali dengan watak Johan menerusi drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Alvin Chong meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila ada pihak cuba menimbulkan isu berbaur perkauman terhadapnya di laman sosial.

"Saya agak kecewa dengan komen yang ditinggalkan individu tersebut. Justeru saya terpanggil untuk berkongsi kepada umum agar sikap sebegitu tidak dipraktikkan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.



"Lapan tahun saya terlibat dalam industri seni dan bergaul dengan masyarakat melayu banyak membetulkan persepsi saya selama ini. Jujur saya sangat selesa dan dilayan dengan cukup baik," katanya kepada mStar Online.