Jumaat, Julai 28, 2017

Komen Anzalna Tentang Perempuan Bersalin Dan Meroyan Undang Kemarahan Netizen



Kontroversi melibatkan Afifah Nasir dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang juga suami kepada Bella Astillah semalam turut sama mengheret nama Anzalna Nasir dalam hal ini.

Apatah lagi Anzalna turut memberikan komen berkenaan isu itu dalam laman sosial instagram setelah mendapat kecaman ramai selepas berita Afifah Nasir menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz, ruangan komen Anzalna Nasir telah dihujani pelbagai reaksi dari para peminat dunia hiburan.


Komen Anzalna di atas langsung menerima perhatian netizen, dan rata-rata tidak bersetuju dengan komen berkenaan yang seakan-akan menyokong perbuatan adiknya, Afifah Nasir yang menghabiskan masa berhibur dengan suami orang ketika isterinya masih lagi dalam pantang.