Isnin, Julai 31, 2017

Jangan Bawa Laki Aku Pergi Karaoke Pula Ya!; Isteri Shukri Yahaya Pula Bagi Amaran



Kontroversi yang tercetus dalam dunia hiburan tempatan apabila pelakon baharu Afifah Nasir dikatakan menganggu rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah turut terkena tempias beberapa isteri pelakon tanah air.

Selepas kenyataan aktres Rozita Che Wan yang berkongsi status 'jangan rembat suami orang' menjadi tular, isteri kepada Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan  turut menaikkan status seakan-akan serupa.

Pada petang Ahad, Tya Adnan telah memuat naik foto bersama suaminya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah satu sindiran buat wanita yang pernah menganggu rumah tangganya.

"Ini laki aku, jangan ada yang yang nak bawa pergi karaoke pula ya," tulisnya.

Manakala dalam satu foto lain, Tya menyampaikan nasihat agar kaum wanita berfikir panjang sebelum memulakan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang. - mStar Online

Terdahulu, kecoh apabila ada seorang wanita yang mendakwa Shukri Yahaya mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi aplikasi WeChat pada Ramadan lalu. Bagaimanapun, isu itu senyap sunyi selepas Shukri mengambil pendekatan mendiamkan diri dan enggan perbesarkan isu berkenaan.