Ahad, Julai 09, 2017

Isu Skandal WeChat; Shukri Yahaya Buat Laporan Polis



Shukri Yahaya memaklumkan sudah membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan berkaitan kes penyebaran mesej perbualannya dengan wanita dikenali sebagai Sarah Danielle baru-baru ini.

Sarah Danielle sebelum itu menyebarkan salinan mesej menerusi aplikasi WeChat yang dikatakan dihantar pelakon Andainya Takdir itu meminta gambar bahagian sulitnya.

"Saya buat laporan polis dua hari selepas perkara itu disebarkan. Saya tak mahu panjangkan isu ini dan laporan polis dibuat pun atas faktor keselamatan.

"Sekiranya wanita itu terus menyebarkan benda yang tidak sepatutnya, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

"Saya trauma sehingga takut untuk menyentuh pelakon wanita yang bergandingan dengan saya walaupun wataknya adalah sebagai ibu.

"Sedikit sebanyak, isu ini memberi tekanan kepada diri saya dan menjejaskan kerja saya sebagai pelakon," katanya lagi. - Harian Metro Online