Sabtu, Julai 29, 2017

IG Ibu Aliff Aziz Diserang Netizen



Akaun Instagram ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil menjadi tempat netizen melepaskan geram selepas tersebarnya berita penyanyi dan pelakon itu disyaki memukul isterinya, Bella Astilah.


Rata-rata netizen melayangkan komen meminta ibu Aliff menasihati anak sulungnya itu supaya jangan mengasari isteri di bawah status lama yang tiada kena-mengena dengan insiden berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan netizen adalah apa yang didakwa sikap curang Aliff dan tindakannya yang disyaki mengasari isteri.



Sebahagian daripada komen itu berbaur sindiran termasuk mempertikaikan jenis didikan yang diterima jejaka kelahiran Singapura itu daripada keluarga.

Namun, ibu Aliff yang menetap di Singapura, tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen diterima. - BH Online


1 Komentar:

Write Komentar
Mia Liana
AUTHOR
30/7/17 6:02 PG delete

lahai.. kesiannya... moga ibu aliff tabah hadapi situasi yang macam ni...

Reply
avatar