Isnin, Julai 31, 2017

Hebat Lelaki Ini! Abby Abadi 'Angkat' Aliff Aziz Sebagai Hero?



Memuat naik petikan video sidang akhbar Aliff Aziz berhubung kes curang dengan Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada pelakon Anzalna Nasir, selebriti Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen.

Abby yang terkenal dengan pandangan dan pendapatnya yang sering diutarakan secara berterus terang, telah menulis bait-bait kata yang ditujukan kepada pelakon dan penyanyi berusia 26 tahun itu yang baharu kurang sebulan menimang cahaya mata pertama itu.

"Hebat lelaki ini!" Itu antara kata-kata Abby Abadi yang ditujukan buat Aliff Aziz.  

"Dia bersalah, dan dia mengkau salah dia. Dia tak reka-reka cerita untuk selamatkan diri. Tahniah, Aliff Aziz!"

Malah secara keseluruhannya, Abby Abadi yang turut mempunyai pengalamn pahit keruntuhan rumah tangga angkara orang ketiga suatu masa dahulu memuji Aliff Aziz kerana berani mengaku salah dan berani memohon maaf daripada semua pihak secara terbuka.

Berikut merupakan petikan kata penuh Abby Abadi yang ditujukan kepada Aliff Aziz!

Hebat lelaki ini ❤️

Dia bersalah 
Dan dia mengaku kesalahan dia 👍🏻
Dia tak reka2 cerita 
Untuk selamatkan diri 
Tahniah Aliff Aziz 😊

Semua manusia melakukan kesilapan 
Cuma awk 'bernasib baik'
Sebab ALLAH sedarkan awak 
Cepat... berbanding yang lain .
Muhasabah diri k
ALLAH uji sebab ALLAH sayang 
Semoga menjadi pedoman 
Untuk menjadikan awak 
Seorang lelaki yg lebih baik lagi
Untuk hari2 seterusnya 
Ye adik ye 😍

Dan semoga menjadi pedoman juga
Kepada kita semua
Baik lelaki baik perempuan 
Baik suami atau isteri orang 
Tua muda miskin kaya 
Selagi bergelar manusia
Sama2 perbaiki apa yg kurang 
Selagi ALLAH izinkan 
Dan beri peluang 😘

PS: Kirim salam isteri & keluarga. Jaga hak ALLAH, ALLAH akan jaga kita. Yakinnnnnn 😘
#Dua2punSalah #MintaMaafJe#JanganPusingKelil
ing 😇