Isnin, Julai 03, 2017

Elly Mazlein Beri Penjelasan Kenapa Anak Tak Ikut Bekas Suami Beraya!



Perang maya antara Faye Kusairi dan Elly Mazlein tercetus lagi apabila pelakon itu meluahkan mengenai kekecewaan suami, Azmi Hatta, yang tidak dapat berhari raya dengan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia, Susulan perkongsian Faye di laman maya, Elly membidas kenyataan berkenaan dengan menyenaraikan alasan mengapa bayi yang baru berusia berusia setahun tiga bulan itu tidak boleh bermalam dengan si bapa.

Kata penyanyi dan pelakon yang sering membahasakan dirinya sebagai Kak Lina, anak kecilnya masih menyusu badan, sekali gus memaklumkan perkara itu juga sudah diputuskan mahkamah sehinggalah kanak-kanak terbabit berusia lima tahun.

"Macam mana kakak Lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai. Sefhia masih menyusu badan, ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya.

"Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu. Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari, tak ke kamu mendera budak itu. Persiapan Sefhia RM1,500 tak dapat lagi. Mahu cerita pasal heartbreak (patah hati)?" katanya menerusi Instagram.

Pada masa sama, Elly juga secara sinis menyelar sikap bekas suaminya ketika berhadapan insiden si kecil mengalami demam kuning selepas lahir dulu. Ujarnya, ketika anaknya itu mengalami sakit kuning pada usia tidak sampai sebulan, Azmi Hatta tidak pun datang menjenguk si kecil, apatah lagi untuk menghantarnya ke pusat rawatan.

Rentetan perkongsian Elly, netizen dilihat memberikan sokongan kepadanya dengan membidas semula tindakan pasangan pelakon-pengarah terbabit yang dikatakan seakan-akan cuba mencetuskan semula kontroversi. - BH Online