Sabtu, Julai 01, 2017

Dilamar Penuh Romantik; Mawar Rashid Akui Dirinya Gadis Paling Bahagia Di Dunia



Pelakon Mawar Rashid telah berkongsi detik kegembiraan di laman sosial Instagram miliknya apabila dilamar oleh adik Fazley Yaakob, iaitu Raf Yaakob.

Sekali tengok memang roamntik habis dengan susunan kelopak mawar dan lilin mengungkap perkataan Will U Marry Me?, nak pula di dalam bangunan yang merupakan rumah kediaman mereka yang masih dalam proses pembinaan!

Perghhh, mana-mana perempuan yang tengok pun sure makan hati beb!


Mawar turut berkongsi cerita dilamar Raf Yaakon kepada media;

“Saya harus akui tiada seorang pun pernah datang melamar saya sebelum ini dan saya gembira dan berharap dia adalah yang pertama dan terakhir, InsyaAllah. Untuk kejutan ini, saya diberitahu oleh jurugambar bahawa dia melakukan semua ini dengan sendiri”

“Dari memetik kelopak mawar satu demi satu, menyusun dan menyalakan lilin dengan beberapa kejutan lain. Saya nampak usahanya untuk membuatkan saya gembira dan saya benar-benar tersentuh. Dapat saya rasakan saya adalah gadis yang paling beruntung di dunia,” katanya kepada m Star Online.

1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
2/7/17 2:08 PTG delete

romantiknya..:)

Reply
avatar