Rabu, Julai 26, 2017

Datuk Khalid Minta Henti Sebar Spekulasi Kehamilan Siti Nurhaliza!



Impian Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami­nya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenya­taan sekiranya benar penyanyi No. 1 negara itu kini sedang hamil.

Bagaimanapun, buat masa ini, Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K meminta sebarang penyebaran be­rita tentang spekulasi kehamilan kali kedua isterinya itu dihentikan.

Menurut Khalid, seandainya ada berita gembira berkenaan kehamilan tersebut, ia pasti akan dikongsikan dengan semua peminat.

“Selama 11 tahun bernikah, kami memang mahukan cahaya mata dan tidak pernah putus berikhtiar.
“Jadi lebih baik kita sama-sama mendoakan agar impian itu menjadi kenyataan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.